Monday, August 30, 2021

Raikan Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Secara Maya

SK Meranek telah menyambut Hari Kebangsaan peringkat sekolah pada tarikh 30 Ogos 2021. Seperti tahun lalu, sambutan kali ini juga disambut dalam norma baharu secara maya hanya menggunakan Google Meet di lokasi kediaman masing-masing.

Walaupun sambutan selama sejam setengah sahaja tetapi semangat kemerdekaan yang ditunjukkan oleh murid-murid cukup bersemangat menyanyikan lagu kemerdekaan dan melaungkan "MERDEKA" sebanyak tiga kali yang diketuai oleh Guru Besar SK Meranek Tn Haji Issnu Bin Dollah.







Persembahan deklamasi sajak oleh Pn Rossiah Bt Mezani

Persembahan deklamasi oleh Adik Nurazmina Danisha

Persembahan deklamasi sajak Adik Nurhanisa

#skmeranekdi💗ku
#malaysiaprihatin
#normabaharu
#kitajagakita


No comments:

Post a Comment