Friday, August 13, 2021

Program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah Secara Alam Maya

 1 Muharram 1443 H (Awal Muharram) jatuh pada tarikh 10 Ogos 2021 iaitu hari Selasa tetapi kami di peringkat sekolah menyambut Maal Hijrah pada 11 Ogos 2021 bersamaan hari Rabu melibatkan semua warga SK Meranek. Tema Maal Hijrah pada tahun ini ialah "Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti" 

Umat Islam di Negara Malaysia yang tercinta akan sentiasa mengingati peristiwa hijrah Rasullah SAW dari Mekah ke Madinah serta peristiwa baginda Rasullah SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar dari sambutan Maal Hijrah. Bertitik tolak daripada hijrah tersebut, umat Islam haruslah mengambil ikhtibar bahawa Ukhwah Islamiah yang kuat dan jitu adalah asas kepada perpaduan dan kesatuan ummah yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan kepada umat Islam ke era yang global demi menjulang nama Islam dipersada mata dunia yang menjadi ikon terbaik di alam maya ini.







#skmeranekdi💗ku
#ManhajRabbani,UmmahBerkualiti
#normabaharu
#kitapastimenang




No comments:

Post a Comment