Wednesday, September 1, 2021

Tema Hari Kebangsaan 2021


Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2021 adalah bertemakan Malaysia Prihatin.

Untuk makluman, tema dan logo sediada telah diperkenalkan pada tahun lepas. Perkataan ‘Malaysia’ membawa pengertian bahawa semua rakyat di seluruh negeri turut bersama-sama dengan kerajaan dalam memerangi COVID-19 tidak kira penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu, semua telah mengambil bahagian memerangi pandamik Covid-19.

Malaysia: Perkataan ‘Malaysia’ memberi maksud bahawa seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi COVID-19 sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan

Prihatin: Keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan kebangsaan dan kebajikan rakyat ditunjukkan melalui inisiatif ‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia




Rasional Atau Keterangan Logo 

  1. Logo Berbentuk Hati: Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum
  2. Warna Biru Tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni
  3. Bulan sabit: Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
  4. Bintang Pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan
  5. Tujuh Jalur Merah Putih Berbentuk Hati Menjadi Latarnya: Terjalin keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan
  6. Stigma Bunga Raya: Membawa negara menuju ke mercu kejayaan
  7. Lima Titik Merah: Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa dan masyarakat pelbagai kaum.
#skmeranekdi💗ku
#malaysiaprihatin
#kitajagakita
#kitamestimenang
#staysafestayhome

No comments:

Post a Comment