Thursday, August 19, 2021

Persediaan Sambutan Hari Kebangsaan 2021

Rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64 tidak lama lagi. Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang amat bermakna dimana saat negara ini memperolehi kemerdekaannya. Tiada yang lebih mengembirakan dan membanggakan daripada lahir dan membesar di negara yang merdeka yakni bebas daripada penjajahan.

Sebagai persiapan menyambut Hari Kebangsaan yang bakal disambut pada 31 Ogos, pihak sekolah telah mengibar Jalur Gemilang di kawasan sekolah.

Sambutan pada tahun ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini, semangat cinta pada negara tetap dizahirkan melalui pelbagai aktiviti, program dan pertandingan secara maya, antara pertandingannya ialah "Pakaian Berhias" bertemakan Hari Kebangsaan untuk Prasekolah Erajaya dan tahap 1 iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan 3 manakala tahap 2 iaitu, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 akan bertanding membuat poster bertemakan Hari Kebangsaan.

Jawatankuasa induk akan menyambut Hari Kebangsaan peringkat sekolah yang telah dijadualkan pada 30 Ogos 2021 secara alam maya.

Galeri persedian sambutan Bulan Kebangsaan

















#skmeranekdi💗ku

#kitapastimenang

#kitajagakita



No comments:

Post a Comment