Tuesday, September 3, 2019

Majlis Restu Ilmu Murid Tahun 6/2019

Tarikh : 3 September 2019
Masa : 7.30 Pagi
Hari : Selasa
Tempat : Ruang Legar SK Meranek
Program : Majlis Restu Ilmu Murid Tahun 6/2019


Objektif
  •  Memberi restu ilmu daripada guru-guru kepada semua calon UPSR 2019 sebelum peperiksaan UPSR supaya dapat menduduki peperiksaan dengan jiwa yang tenang dan minda yang cerdas.
  • Memberi suntikan semangat agar mereka lebih bermotivasi untuk berusaha sehabis baik di saat-saat akhir sebelum peperiksaan bermula.

Kumpulan Sasaran     :  Murid Tahun 6 (36 0rang)


Laporan Pelaksanaan Aktiviti:

Majlis Restu Ilmu di antara guru dengan murid mampu memberi kekuatan kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan disamping sokongan berterusan dari pihak sekolah. Majlis Mohon Restu UPSR 2019 telah diadakan pada 03 September 2019 bersamaan Hari Selasa pada jam 7.30 pagi. 

Program ini diadakan bertujuan memohon keberkatan untuk calon-calon UPSR dalam menghadapi peperiksaan. Disamping itu juga ia bertujuan menimbulkan kesedaran dan keinsafan diri tentang peranan dan tanggungjawab sebagai murid, membina hubungan erat dalam kalangan guru dan murid. Mudah-mudahan progam yang diadakan ini akan memberi banyak manafaat kepada semua warga SK Meranek.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Haji Hamka Bin Hj Jaya.  Majlis diikuti dengan ucapan daripada guru besar Tn Hj Issnu Bin Dollah. Seterusnya ucapan daripada Guru Mata Pelajaran. Akhir sekali, penyampaian sumbangan dari sekolah kepada semua murid tahun 6.

Galeri majlis restu ilmu

Aturcara Majlis Restu Ilmu

Juruacara majlis En Pawira Bin Pom

Bacaan doa oleh Ustaz Haji Hamka Bin Haji Jaya

Ucapan aluan dan kata-kata semangat oleh guru besar SK Meranek Tn Hj Issnu Bin Dollah


Ucapan restu dari Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Cikgu Suhaili Bin Suut

Ucapan restu dari Guru Mata Pelajaran Sains Cikgu Kathini Binti Tahir

Ucapan restu dari Guru Mata Pelajaran Matematik Cikgu Rosnah Binti Omar

Ucapan restu dari Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Sir Pawira Bin Pom














#skmeranekdiπŸ’—ku

7 comments:


  1. πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan dlm menjawab kertas upsr 2019 dan memperoleh keputusan yg cemerlang

    ReplyDelete
  3. Semoga semua pelajar UPSR Tahun 6
    SK Meranek Samarahan berjaya dengan cemerlang.Aamiin.

    ReplyDelete