Monday, September 23, 2019

Klinik Bola Jaring

Pada 18 September 2019 bersamaan hari Rabu, SK Meranek telah menjadi tuan rumah untuk Klinik Bola Jaring antara beberapa buah sekolah iaitu SK Endap, SK St Martin dan SK Pinang .
Klinik Bola Jaring ini diadakan supaya dapat meningkatkan kemahiran murid-murid disamping dapat melahirkan atlit-atlit yang berkualiti untuk negara.
Objektif klinik bola jaring adalah :

  1. Melengkapkan peserta dengan kemahiran, pengetahuan dan teknik-teknik dalam permainan bola jaring.
  2. Melengkapkan peserta dengan peraturan dan undang-undang bola jaring.
  3. Memupuk semangat kerjasama dan mengamalkan semangat persaingan yang sihat.
  4. Melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berkebolehan dalam segala bidang terutamanya kepimpinan dan pengurusan kumpulan.
  5. Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta sikap positif berterusan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti Kokurikulum Permainan. 
Gambar sepanjang program.


Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Pawira Bin Pom

Bacaan Doa oleh Ustaz Hatta 

Ucapan aluan dari tuan guru besar SK Meranek Tn Hj Issnu Bin Dollah


Ucapan penangguhan oleh Pn Dayang Hasnah Binti Abang Julaihi

Peserta-peserta yang terlibat

Cikgu Sirus Binti Kamis tenaga pengajar untuk klinik bola jaring















#skmeranekdi💗ku

No comments:

Post a Comment