Monday, August 26, 2019

Pelancaran EKSA SK Meranek

Pada 21 Ogos 2019, bersamaan hari Rabu, SK Meranek telah mengadakan majlis pelancaran EKSAMajlis pelancaran pelaksanaan EKSA ini dianjurkan sebagai simbolik kepada permulaan pelaksanaan Ekosistem Kondusif sektor awam EKSA di SK Meranek. 
Majlis diteruskan dengan ucapan guru besar beserta dengan perasmian pelancaran EKSA. Beliau seterusnya menyempurnakan gimik pelancaran logo EKSA SK Meranek yang telah direka oleh Pn Jamilah Binti Su'ut.
Dikemuncak majlis, beliau juga turut melancarkan pelaksanaan EKSA sebagai tanda permulaan perlaksanaan EKSA di SK Meranek. Semoga pelancaran EKSA ini dapat meningkatkan motivasi kepada semua warga SK Meranek untuk membudayakan EKSA dalam tugasan harian yang merupakan penjenamaan semula sistem pengurusan persekitaran berkualiti 5S yang menjadi teras utama kepada pelaksanaan EKSA ini.

Galeri sepanjang perlaksanaan EKSA

Ucapan Perasmian Perlaksanaan EKSA oleh Guru Besar SK Meranek Tuan Haji Issnu Bin Dollah






Logo Rasmi EKSA SK Meranek


Penyerahan Sijil Penghargaan di atas rekaan logo rasmi EKSA







Pelancaran EKSA 



4 comments: