Friday, August 30, 2019

Garis Panduan EKSA SK Meranek



Dasar EKSA SK Meranek


Sekolah Kebangsaan Meranek, Samarahan akan menjadikan
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) sebagai budaya kerja yang berterusan untuk meningkatkan persekitaran kerja berkualiti dan kondusif serta ke arah budaya kerja cemerlang dalam memastikan perkhidmatan untuk pelanggan lebih cepat dan efisien.

Visi Dan Misi EKSA SK Meranek

VISI
Penyampaian perkhidmatan yang cemerlang melalui persekitaran kerja yang kondusif.


MISI
Mewujudkan persekitaran kerja yang sentiasa bersih, kemas dan selamat untuk keselesaan warga dan pelanggan. Meningkatkan kecekapan ke arah budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga SK Meranek.

Objektif EKSA SK Meranek

  • Meningkatkan imej korporat
  • menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi
  • Menggalakkan aktiviti pembudayaan amalan hijau
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif
  • Meningkatkan motivasi dan disiplin
  • Memupuk semangat berpasukan
  • Memupuk sikap bertanggungjawab
  • Amalan penambahbaikkan berterusan
Slogan EKSA SK Meranek

"Persekitaran Kondusif Warga SK Meranek Produktif"

Makna Logo EKSA SK Meranek


  1. Perkataan EKSA adalah singkatan bagi Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang dilaksanakan di SK Meranek
  2. Warna hijau pada logo EKSA bermaksud persekitaran sekolah yang mengutamakan keselamatan, kekemasan dan kebersihan.
  3. Warna merah pada nama SK Meranek melambangkan keberanian dan kesiapsiagaan warga sekolah menempuh perubahan ke arah menjayakan program EKSA.

Carta Organisasi Jawatankuasa Perlaksanaan EKSA SK Meranek



 Tujuan EKSA SK Meranek

Garis panduan ini dihasilkan sebagai sumber rujukan kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Meranek dalam mewujudkan persekitaran kerja kondusif yang berimej korporat, kreatif dan berinovasi melalui pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Dengan adanya garis panduan ini, maka dapat memberi penerangan yang jelas tentang konsep pelaksanaan EKSA yang perlu dipatuhi oleh warga SK Meranek, Samarahan.

Pengenalan EKSA

Seiring dengan usaha ke arah transformasi perkhidmatan awam, pemantapan pengurusan persekitaran tempat kerja ke arah meningkatkan imej dan profesionalisme organisasi perlu dilaksanakan.

EKSA yang telah diperkenalkan mulai Januari 2014 adalah penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam merupakan salah satu inisiatif ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan. Langkah penjenamaan semula ini sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa yang sentiasa menekankan peningkatan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA adalah berteraskan Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dan ditambah baik dengan penambahan beberapa elemen  baharu iaitu:
  1. Imej Korporat
  2. Kreativiti dan Inovasi
  3. Amalan Hijau
  4. Persekitaran kondusif
  5. Kepelbagaian Agensi
#skmeranekdi💗ku

No comments:

Post a Comment