Monday, August 26, 2019

Bengkel Teknik Menjawab Kertas UPSR 2019

Pada 5, 6 dan 7 Ogos 2019, SK Meranek telah mengadakan bengkel teknik menjawab kertas soalan UPSR 2019 untuk semua murid-murid tahun enam.
Bengkel ini dirancang untuk meningkatkan prestasi UPSR 2019 bagi SK Meranek dan berharap dapat memantapkan dan menyediakan peserta dari segi fizikal, emosi dan rohani serta intelektual bagi menghadapi UPSR yang bakal menjelang. Seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan dalam semua mata pelajaran UPSR. Melalui bengkel ini murid-murid akan didedahkan dengan teknik menjawab soalan secara berkesan.
Pada 5 Ogos 2019, hari Isnin bengkel pertama pada minggu tersebut ialah Teknik Menjawab Kertas Matematik dan penceramah yang dijemput ialah Pn Muzakiah Binti Mohd Jamil dari SK Rampangi, Kuching. Seterusnya pada hari Selasa 6 Ogos 2019, teknik menjawab kertas soalan UPSR Bahasa Inggeris dan penceramahnya dari SK Astana iaitu En Glyn Anak Tian manakala hari Rabu 7 Ogos 2019 kelas teknik menjawab kertas UPSR Bahasa Melayu dan penceramahnya Mohamad Bin Jol  dari SK Tupong, Kuching.

Galeri sepanjang bengkel
Bengkel Matematik






Bengkel Bahasa Inggeris


Bengkel Bahasa Melayu




#skmeranekdi💗ku

No comments:

Post a Comment