Wednesday, July 3, 2019

Majlis Ramah Tamah Anjuran JKK Kpg Meranek / Kpg Langsat dan JKK Masjid Darul Ibadah Kpg Meranek bekerjasama dengan SK Meranek

Pada 29 Jun 2019 bersamaan Sabtu 25 Syawal 1220H, SK Meranek telah berkolaborasi dengan penduduk Kampung Meranek dan Kampung Langsat untuk menjayakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Anjuran JKK Kpg Meranek / Kpg Langsat dan JKK Masjid Bekerjasama dengan SK Meranek bertempat di ruang legar SK Meranek.
Majlis tersebut turut memberi peluang kepada semua penduduk kampung untuk merasai suasana Hari Raya Aidilfitri beramai-ramai dan beramah mesra untuk mengeratkan silaturahim dan ikatan ukhwah dikalangan penduduk kampung yang muda dan yang tua.
Majlis ini juga disempurnakan oleh YB Dato' Haji Idris Bin Haji Buang, ADUN N16 Muara Tuang. Sempena majlis ini, YB Dato Haji Idris Bin Haji Buang turut menyumbang geran sebanyak RM200 000 kepada SK Meranek untuk kegunaan sekolah dan sebanyak RM5000 untuk tabung PIBG SK Meranek. Turut hadir bersama En Aziz Bin Mohamad mantan YDP PIBG SK Meranek merangkap pembantu peribadi YB Dato' Hj Idris dan isteri YB Dato' Haji Idris Bin Haji Buang, Datin Kashmah Binti Buang.
Majlis tersebut membawa nilai-nilai murni serta semangat perpaduan, dan majlis ini telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Diharap majlis ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Galeri sepanjang majlis.

Gotong royong sebelum majlis bermula

Khemah JKK Kampung Meranek

Khemah SK Meranek

Gotong royong persiapan pentas dan persiapan makanan


Penduduk kampung merewang bermasak








Gotong royong penyediaan tempat makan VVIP


Tapak Khemah JKK Kampung Meranek

Tapak Khemah SK Meranek

Pentas dihias cantik

Pendaftaran tetamu jemputan 

Sementara menunggu kehadiran YB Dato' Hj Idris Bin Hj Buang


Barisan Guru Besar dan Pegawai PPD


Kehadiran YB Dato' Hj Idris Bin Hj Buang, ADUN N16 Muara Tuang




YB Dato' Hj Idris Bin Hj Buang menandatangani buku pelawat SK Meranek



Turut hadir bersama isteri kepada YB Dato' Hj Idris B Hj Buang, Datin Kashmah Bin Buang






Bacaan doa oleh Ustaz Nurhamidi Bin Ahmad

Ucapan daripada Pengerusi JKK Kpg Meranek  / Kpg Langsat En Mahmud Bin Pawi

Ucapan daripada Penghulu Kpg Meranek En Asi Bin Arbi

Ucapan perasmian daripada YB Dato' Haji Idris Bin Haji Buang, ADUN N16 Muara Tuang

Gimik Perasmian Majlis Ramah Tamah AidilFitri


Persembahan daripada murid SK Meranek

Sesi menjamu selera





Lawatan YB Dato' Hj Idris Bin Hj Buang ke khemah SK Meranek dan khemah wakil JKK 



Sesi beramah mesra dengan penduduk kampung




#skmeranekdi💗ku

No comments:

Post a Comment