Monday, July 8, 2019

Majlis Permuafakatan IbuBapa/Penjaga SK Meranek

Pada 5 Julai 2019, bersamaan Hari Jumaat, SK Meranek telah mengadakan Majlis Permuafakatan IbuBapa/Penjaga dan guru-guru tahun 6 bagi tahun 2019. Majlis ini telah dihadiri seramai lebih kurang 180 orang ibubapa/penjaga murid-murid SK Meranek sesi 2019. 
Antara pengisian dan perbincangan yang dijalankan adalah berkaitan program-program yang akan dijalankan sepanjang tahun bagi meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah dalam peperiksaan UPSR dan penerangan penataran UPSR 2019 bagi semua subjek. Majlis yang berakhir pada jam 11.30 pagi ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga yang telah hadir dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang majlis ini berlangsung.

OBJEKTIF

  • Perbincangan dua hala antara ibu bapa/penjaga dan guru berdasarkan prestasi murid-murid.
  • Perbincangan bersama mengenai cadangan penambahbaikan program untuk kecemerlangan murid. 
  • Membincangkan program-program yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah dalam Peperiksaan UPSR.

Suasana majlis

IbuBapa / Penjaga yang hadir







Ucapan aluan oleh Guru Besar Tn Hj Issnu Bin Dollah


Ucapan dari Guru Penolong Kanan Pentadbiran Pn Nur Sheila Nair


Bacaan Doa oleh Ustaz Nurhamidi Bin Ahmad

Taklimat Kecemerlangan UPSR oleh Pn Rosnah Binti Omar


Sesi perbincangan bersama Guru Kelas dan IbuBapa/Penjaga











#skmeranekdi💗ku

No comments:

Post a Comment