Tuesday, July 23, 2019

Kem Seronoknya Matematik Anjuran Jawatan Kuasa Masjid Darul Ibadah Kpg Meranek

Pada 20 Julai 2019 dan 21 Julai 2019 bersamaan hari Sabtu dan Ahad, pihak sekolah telah bekerjasama dengan JK Masjid Darul Ibadah Kpg Meranek untuk menganjurkan Program Kem Seronoknya Matematik bertempat di Masjid Darul Ibadah Kpg Meranek.
Seramai 40 orang murid terdiri daripada murid tahap dua telah terpilih untuk mengikuti program tersebut.


Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan anak-anak pada hari ini. Hal ini perlu diberikan penekanan yang serius oleh pihak sekolah dan ibu bapa. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai asas mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian. Fokus utama program ini adalah untuk membantu murid Tahun empat hingga tahun enam menguasai sifir 1 hingga 12 melalui cara permainan yang menyeronokkan.

Galeri sepanjang program

Sesi Pendaftaran





Belajar cara menyelesaikan masalah


Tazkirah oleh Ustaz Haji Hamka Bin Haji Jaya



Belajar menghafal sifir dengan teknik bingo





Sesi rehat



Majlis penutupan Program Kem Matematik oleh Guru Besar SK Meranek Tuan Haji Issnu Bin Dollah






#skmeranekdi💗ku

No comments:

Post a Comment