Wednesday, July 24, 2019

Program Bersama Yakult

Pada 23 Julai 2019 bersamaan hari Selasa, ceramah Yakult telah diadakan di ruang legar SK Meranek. Ceramah Yakult disampaikan oleh wakil PR Yakult, Miss Liew Qing dan dihadiri oleh semua murid, guru-guru serta kakitangan sekolah.

Isi kandungan ceramah tersebut adalah seperti berikut:
  • Perbezaan antara bakteria baik dan bakteria jahat
  • Manfaat bakteria Shirota
  • Kebaikan menjaga usus perut
  • Mengenal pasti kesihatan usus melalui bentuk najis
  • Peranan Yakult dalam penjagaan usus
Galeri sepanjang program

Program dikendalikan oleh GPK HEM Pn Hjh Raobah Binti Sulaiman 



Miss Liew Qing wakil Syarikat Yakult








Soalan kuiz untuk murid-murid
Pengagihan air yakult untuk semua murid.




Tanda terima kasih dari kami SK Meranek

#skmeranekdi💗ku

Tuesday, July 23, 2019

Kem Seronoknya Matematik Anjuran Jawatan Kuasa Masjid Darul Ibadah Kpg Meranek

Pada 20 Julai 2019 dan 21 Julai 2019 bersamaan hari Sabtu dan Ahad, pihak sekolah telah bekerjasama dengan JK Masjid Darul Ibadah Kpg Meranek untuk menganjurkan Program Kem Seronoknya Matematik bertempat di Masjid Darul Ibadah Kpg Meranek.
Seramai 40 orang murid terdiri daripada murid tahap dua telah terpilih untuk mengikuti program tersebut.


Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan anak-anak pada hari ini. Hal ini perlu diberikan penekanan yang serius oleh pihak sekolah dan ibu bapa. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai asas mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian. Fokus utama program ini adalah untuk membantu murid Tahun empat hingga tahun enam menguasai sifir 1 hingga 12 melalui cara permainan yang menyeronokkan.

Galeri sepanjang program

Sesi Pendaftaran





Belajar cara menyelesaikan masalah


Tazkirah oleh Ustaz Haji Hamka Bin Haji Jaya



Belajar menghafal sifir dengan teknik bingo





Sesi rehat



Majlis penutupan Program Kem Matematik oleh Guru Besar SK Meranek Tuan Haji Issnu Bin Dollah






#skmeranekdi💗ku

Wednesday, July 17, 2019

Pemilihan Bola Sepak 11 Tahun Ke Bawah Piala Bank Rakyat Peringkat Zon Kota Samarahan

Pada 15 Julai 2019 bersamaan hari Isnin, satu sesi pemilihan pertandingan bola sepak 11 TKB peringkat Zon Kota telah diadakan di Padang SK Meranek.
Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut dan dibahagikan kepada dua kumpulan, Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kumpulan A
  1. SK Pinang
  2. SK Endap
  3. SK Tanjung Tuang
Kumpulan B
  1. SK Dato Mohd Musa
  2. SK Jalan Muara Tuang
  3. SK Wira Jaya
  4. SK Meranek
Selesai habis sesi perlawan penentuan, juara bagi Kumpulan A ialah dari SK Pinang dan naib juara SK Endap manakala bagi kumpulan B juara SK Wira Jaya dan naib juara SK Dato Mohd Musa. 4 pasukan sekolah tersebut akan mara ke peringkat seterusnya di SK Mata Parang.

Gambar sepanjang perlawanan.














#skmeranekdi💗ku



Konvensyen Penyelidikan, Inovasi dan Kreativiti 2019

Tarikh : 9 Julai 2019
Hari : Selasa
Tempat : Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

Murid terlibat

  1. Muhammad Dannish Lian Bin Harrisson Amat 
  2. Mohammad Khusyairi Bin Mohammad Affendy 
  3. Daniel Qusyairi Bin Salim
  4. Mohd Adam Haikal Bin Rosli











#skmeranekdi💗ku