Tuesday, April 2, 2019

Latihan Kebakaran

Pada 15 Mac 2019 bersamaan hari Jumaat, Unit Keselamatan SK Meranek telah menjalankan latihan kebakaran peringkat sekolah pada jam 8.00 pagi.

Latihan ini diadakan di kawasan khas di luar pagar sekolah. Tepat jam 8.30 pagi, wisel keselamatan dibunyikan bagi menandakan "kebakaran" telah berlaku di kawasan sekolah. Murid-murid bersama semua warga SK Meranek bertindak pantas meninggalkan kelas dan kawasan sekolah untuk menuju ke kawasan berkumpul.

Sebelum latihan bermula, satu sesi taklimat diberikan kepada murid-murid yang disampaikan oleh Ustaz Haji Hamka Bin Haji Jaya. Beliau menerangkan proses yang perlu dilakukan apabila berlaku sesuatu kebakaran.

Objektif latihan

  • menambah pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah menyediakan diri kebakaran/kecemasan.
  • meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran.
  • mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi yang lain.
  • murid berupaya  menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.


Galeri semasa latihan kebakaran























No comments:

Post a Comment