Thursday, April 18, 2019

Kem Bestari Solat

Pada 15 April 2019 bersamaan hari isnin, Panitia Pendidikan Islam SK Meranek telah mengadakan Kem Bestari Solat kepada semua murid dari tahun satu hingga tahun enam pada jam 2 petang selepas waktu persekolahan bertempat di kelas masing-masing.

Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. 

Objektif KBS :

  1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
  2. Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi perlakuan.
  3. Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan lancar dan teratur.
  4. Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah dengan sempurna.














No comments:

Post a Comment