Wednesday, April 3, 2019

Ceramah Rabbies dan HFMD Peringkat Sekolah

Pada 22 Mac 2019 bersamaan hari Jumaat, ceramah Rabies dan HFMD peringkat sekolah telah diadakan di Surau Al-Ikram. Ceramah tersebut disampaikan oleh Doktor Cheah dari Klinik Kesihatan Kota Samarahan. Ceramah ini di bawah pengurusan unit HEM dan ia melibatkan murid prasekolah dan tahap 1.

Menerusi ceramah tersebut, bahaya virus Rabies dan HFMD disampaikan dan bagaimana untuk mengelakkan diri dari dijangkiti virus tersebut. Antara fokus utama di dalam ceramah tersebut ialah:
  • Haiwan yang dijangkiti Rabies
  • Cara pencegahan dari virus Rabies 
  • Mengenalpasti simptom HFMD
  • Cara pencegahan dari virus HFMD
Antara perkara lain yang diadakan sepanjang ceramah ialah sesi menjawab kuiz dan juga soal jawab berkenaan dengan masalah Rabies dan HFMD. Diharap seluruh warga SK Meranek mendapat manfaat ilmu dari ceramah tersebut dan pihak SK Meranek mengucapkan terima kasih kepada pihak klinik yang sudi hadir untuk memberi ceramah.

Gambar sepanjang aktiviti:














No comments:

Post a Comment