Monday, February 28, 2022

Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids)

Tarikh : 23 Februari 2022

Hari : Rabu

Tempat : SK Meranek

Program : Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKIDS)

Objektif pemberian Vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak 5-11 tahun adalah untuk melindungi kanak-kanak daripada mortaliti dan morbiditi akibat jangkitan Covid-19, membolehkan kanak-kanak menjalani aktiviti harian dengan lebih selamat terutama aktiviti di luar rumah dan tempat belajar: dan mengurangkan risiko penularan jangkitan kepada kanak-kanak lain yang tidak menerima vaksin Covid-19.

Vaksin yang digunakan adalah Vaksin mRNA iaitu Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech). Hasil dapatan kajian klinikal vaksin ini menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19.

Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan (8) minggu selepas dos pertama. Berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa lapan (8) minggu di antara dua dos yang diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama.

Syabas kepada ibubapa yang telah mengambil langkah bijak membenarkan anak- anak mereka mendapat suntikan vaksin COVID-19. Bagi kanak- kanak yang belum mendapat suntikan vaksin COVID-19, ibubapa boleh mendaftarkan anak- anak mengikut salah satu cara di bawah:

  1. Mendaftarkan anak melalui aplikasi MySejahtera.
  2. Menghubungi guru kelas/pihak sekolah masing- masing berkaitan temujanji suntikan.
  3. Menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah atau PPV Klinik Kesihatan berdekatan.
  4. Bagi kanak- kanak yang mempunyai komorbid dan menjalani rawatan susulan di hospital, ibubapa boleh berhubung dengan pihak Klinik Pakar di hospital yang berdekatan.
Galeri sepanjang program
























No comments:

Post a Comment