Monday, February 28, 2022

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah

Tarikh : 24 Februari 2022

Hari : Khamis

Tempat : Surau Al-Ikram SK Meranek

Program : Majlis Khatam Al-Quran

Khatam al-quran merupakan satu ibadah yang menjadi tuntutan Agama Islam. Semua umat islam digalakkan supaya mengkhatamkan al-quran sekurang-kurangnya sekali seumur hidup namun apa yang lebih penting adalah semoga al-quran itu sentiasa hidup di dalam jiwa setiap orang muslim.

Majlis Khatam al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid di dalam bidang Tilawah al-quran seterusnya melahirkan sahsiah murid yang seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi.

Majlis ini dijalankan secara sederhana dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Semoga majlis ini memberi impak dan pengalaman yang berguna kepada semua murid Tahun 6. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-quran dapat direalisasikan melalui program sebegini.

Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam yang diketuai oleh Ustaz Haji Hamka Bin Jaya. Beliau banyak dibantu ahli pasukan yang saling bekerjasama terdiri daripada Ustaz Nurhamidi Bin Ahmad, Ustazah Kamsiah Bt Akwan, Ustazah Dyg Noryta Bt Abg Yak, Ustazah Siti Zaharah Bt Narodin, Ustazah Rahmah Bt Mohd Jolhi dan tidak lupa juga kepada guru-guru KAFA SK Meranek. 

Gambar sepanjang majlis




















#skmeranekdi💗ku
#


No comments:

Post a Comment