Wednesday, August 12, 2020

Lawatan Penanda Aras EKSA dari Warga SK Mang, Kota Samarahan

Pada 7 Ogos 2020 bersamaan hari Jumaat, SK Meranek telah menerima kunjungan pelawat seramai 15 orang dari warga SK Mang, Kota Samarahan.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan awal dan menjadi perintis kepada sekolah-sekolah yang lain. Ketibaan pelawat disambut oleh semua warga SK Meranek yang diketuai oleh Tn Hj Issnu Bin Dollah merangkap Guru Besar SK Meranek.

Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat dan dibawa melawat ke sekitar kawasan-kawasan yang terlibat bagi melihat dengan lebih dekat perlaksanaan EKSA di SK Meranek.

Adalah diharapkan agar perkongsian menerusi sesi lawatan ini dapat memperluaskan perlaksanaan EKSA di sekolah-sekolah yang lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakan aktiviti ke arah menwujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan amalan "Go Green" dan menyokong kepada persekitaran kerja yang kondusif.

Galeri kenangan penanda aras.

Ketibaan tetamu - sebelum memasuki premis, pelawat diimbas suhu badan.


Kedatangan diambil melalui imbasan barkod yang disediakan pihak sekolah.

Puan Norlia Binti Tuah merangkap Guru Besar SK Mang, Kota Samarahan

Mengikut SOP, cuci tangan terlebih dahulu

Gabungan meletup dua Guru Besar dari SK Meranek dan SK Mang.



Pelawat diberi taklimat dan ucapan aluan terlebih dahulu.

Ucapan aluan dari Guru Besar SK Meranek.

Ucap balas dari Guru Besar SK Mang



Sesi lawatan bermula





Tandatangan memorandum jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak


Penyerahan sijil penghargaan dari SK Meranek kepada SK Mang

Penyerahan cenderahati dari SK Mang kepada SK Meranek

Gambar bersama pelawat dan warga SK Meranek

#skmeranekdi💗ku

No comments:

Post a Comment