Tuesday, August 25, 2020

Agihan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan E-Kasih Tahun 2020

Pada 19 Ogos 2020 bersamaan hari Rabu, SK Meranek telah mengagihkan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan E-Kasih Tahun 2020 kepada seramai 85 orang murid terpilih daripada murid tahun 1 hingga tahun 6. 

Unit KWAPM di bawah Unit Hal Ehwal Murid telah memohon para ibubapa/penjaga yang terlibat untuk hadir ke majlis pengagihan bantuan tersebut di Ruang Pusat Penjaja SK Meranek jam 10.30 pagi

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) merupakan sebuah tabung amanah untuk pelajar miskin yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan membantu pelajar miskin sekolah membiayai bayaran persekolahan seperti pembelian buku-buku, pakaian sekolah dan peralatan sekolah yang lain.

Gambar semasa majlis pengagihan bantuan.

Sesi pendaftaran untuk ibubapa/penjaga









Sesi pengagihan bantuan KWAPM






#skmeranekdi💗ku

No comments:

Post a Comment