Tuesday, August 25, 2020

Agihan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan E-Kasih Tahun 2020

Pada 19 Ogos 2020 bersamaan hari Rabu, SK Meranek telah mengagihkan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan E-Kasih Tahun 2020 kepada seramai 85 orang murid terpilih daripada murid tahun 1 hingga tahun 6. 

Unit KWAPM di bawah Unit Hal Ehwal Murid telah memohon para ibubapa/penjaga yang terlibat untuk hadir ke majlis pengagihan bantuan tersebut di Ruang Pusat Penjaja SK Meranek jam 10.30 pagi

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) merupakan sebuah tabung amanah untuk pelajar miskin yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan membantu pelajar miskin sekolah membiayai bayaran persekolahan seperti pembelian buku-buku, pakaian sekolah dan peralatan sekolah yang lain.

Gambar semasa majlis pengagihan bantuan.

Sesi pendaftaran untuk ibubapa/penjaga









Sesi pengagihan bantuan KWAPM






#skmeranekdi💗ku

Monday, August 17, 2020

Audit Dalam EKSA kembali lagi

Audit EKSA kembali lagi!
Hebahan Audit Dalam EKSA dan pertandingan pada 27 Ogos 2020.

Diminta semua warga membuat persiapan untuk menjayakan program audit dalaman pada 
27 Ogos 2020 ini.

Ayuh, jangan berlengah lagi. Sijil pengiktiran menanti anda untuk kawasan terbaik.

#EKSAamalankita
#skmeranekdi❤️ku





 #skmeranekdi💗ku

Thursday, August 13, 2020

Sijil Pengiktirafan EKSA oleh PIhak MAMPU

SK Meranek telah menerima Sijil Pengiktirafan dari pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) atas pencapaian 'Cemerlang' dalam memenuhi kriteria Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Tahniah dan syabas diucapkan buat seluruh warga kerja SK Meranek atas kejayaan ini.

Penat lelah yang berbaloi untuk mengharumkan nama sekolah.


#skmeranekdi💗ku

Gotong Royong Bersama Waris Prasekolah Erajaya

Pada 8 Ogos 2020 bersamaan hari Sabtu, Prasekolah Erajaya SK Meranek telah mengadakan gotong royong bersama waris untuk membuat bahu jalan menuju ke prasekolah.

Tahniah dan terima kasih SK Meranek ucapkan kepada yang telah menyumbang tenaga.











#skmeranekdi💗ku

Wednesday, August 12, 2020

Lawatan Penanda Aras EKSA dari Warga SK Mang, Kota Samarahan

Pada 7 Ogos 2020 bersamaan hari Jumaat, SK Meranek telah menerima kunjungan pelawat seramai 15 orang dari warga SK Mang, Kota Samarahan.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan awal dan menjadi perintis kepada sekolah-sekolah yang lain. Ketibaan pelawat disambut oleh semua warga SK Meranek yang diketuai oleh Tn Hj Issnu Bin Dollah merangkap Guru Besar SK Meranek.

Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat dan dibawa melawat ke sekitar kawasan-kawasan yang terlibat bagi melihat dengan lebih dekat perlaksanaan EKSA di SK Meranek.

Adalah diharapkan agar perkongsian menerusi sesi lawatan ini dapat memperluaskan perlaksanaan EKSA di sekolah-sekolah yang lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakan aktiviti ke arah menwujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan amalan "Go Green" dan menyokong kepada persekitaran kerja yang kondusif.

Galeri kenangan penanda aras.

Ketibaan tetamu - sebelum memasuki premis, pelawat diimbas suhu badan.


Kedatangan diambil melalui imbasan barkod yang disediakan pihak sekolah.

Puan Norlia Binti Tuah merangkap Guru Besar SK Mang, Kota Samarahan

Mengikut SOP, cuci tangan terlebih dahulu

Gabungan meletup dua Guru Besar dari SK Meranek dan SK Mang.



Pelawat diberi taklimat dan ucapan aluan terlebih dahulu.

Ucapan aluan dari Guru Besar SK Meranek.

Ucap balas dari Guru Besar SK Mang



Sesi lawatan bermula





Tandatangan memorandum jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak


Penyerahan sijil penghargaan dari SK Meranek kepada SK Mang

Penyerahan cenderahati dari SK Mang kepada SK Meranek

Gambar bersama pelawat dan warga SK Meranek

#skmeranekdi💗ku

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, SK Meranek telah membuat majlis pelancaran bulan kebangsaan peringkat sekolah pada 4 Ogos 2020 bersamaan hari Selasa.

Pengisian majlis pelancaran tersebut, Guru Bestari SK Meranek telah membuat video gimik pelancaran yang akan disertakan di bawah. Terima kasih Cikgu Khairil Anuar, SK Meranek ucapkan.

Gambar semasa pelancaran.


Gimik Pelancaran Bulan Kebangsaan yang dirasmikan oleh Tuan Haji Issnu Bin Dollah Guru Besar SK Meranek

Hero SK Meranek


Heroin SK Meranek

Warga SK Meranek

#skmeranekdi💗ku