Sunday, November 22, 2020

PBPPP

Menjelang hujung tahun, semua warga pendidik pasti merasai kehangatannya. Pada masa inilah, prestasi warga pendidik akan dinilai berdasarkan sasaran kerja yang telah ditetapkan serta keberhasilan sasaran kerja tersebut. Warga SK Meranek juga tidak terkecuali. Oleh itu satu perjumpaan bersama diantara PP1, PP2 dan PYD telah berlangsung bermula 16 November 2020. Semoga dengan perjumpaan ini, prestasi warga sekolah akan terus cemerlang dimasa hadapan. 


Bersama Pn. Rosnah Omar, Setiausaha Peperiksaan.

Bersama En. Pawira Pom, KP Bahasa Inggeris.

Bersama En. Suhaili Suut, Guru Kelas Tahun 6.

Bersama En. Khairil Anuar, Guru ICT sekolah.

Bersama Ustaz Hamidi, Setiausaha KK.

Kepuasan terbayang dimuka setelah selesai sessi penilaian secara bersemuka.




Thursday, November 19, 2020

Pembinaan Dewan Baru Sekolah

Projek: Membina Dewan Baharu SK Meranek

Pemilik Projek: JKR

Lokasi Projek : Padang SK Meranek

Baru baru ini, projek membina dewan baharu SK Meranek telah diluluskan dan Tapak projek telah diserahkan kepada kontraktor dalam satu majlis yang ringkas.  Bermula 9 November 2020, pihak pemaju telah memulakan kerja kerja awal seperti memagar kawasan tapak projek untuk keselamatan semua warga SK Meranek. Pada 13 November, kerja kerja seperti "piling" telah pun dimulakan. Warga SK Meranek amat berharap agar dewan dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan memandangkan kekurangan bilik darjah bagi menempatkan bilangan pelajar yang semakin bertambah dan juga bag mematuhi SOP norma baharu.  



Tuesday, November 10, 2020

Friday, October 30, 2020

Bantuan Pakaian Seragem Unit Beruniform (e-kasih) Sekolah Kebangsaan Meranek 2020

 Tajuk : Bantuan Pakaian Seragam Unit Beruniform (e-kasih) Sekolah Kebangsaan Meranek 2020

Tarikh: 30 Oktober 2020

Tempat : Surau SK Meranek


Objektif

1) memberi bantuan pakaian unit beruniform kepada pelajar yang menerima bantuan e-kasih 2020

2) membentu pelajar agar dapat bersama sama menjayakan unit beruniform masing masing.


Laporan bergambar

                                         

                                   Pakaian seragam yang disumbangkan melalui program e-Kasih


                                         

                                                       Senarai pelajar yang menerima bantuan


      Rozana Binti Sabarun        Wanda Qaleeda binti Rafie          Harris Luqman


         Zulaikha Husna                       Puteri Nur Kasih                         Adil Nazri


                                         

                                                              Senarai penerima bantuan

Tuesday, September 22, 2020

SK Meranek Berwajah Baru

 



Kerja Kerja pembaikan siling di SK Meranek



Kerja penutupan lubang di ruang tangga sekolah


Selepas ditutup


Sebelum dan selepas dicat


Sebelum, Semasa dan Selepas


Masih lagi dengan aktiviti mengecat




Kini tampil lebih anggun selaras dengan pelaksaan EKSA





Program Ceramah Pendidikan Kesihatan Gigi

KKM baru baru ini telah mengadakan  Program Pendidikan Kesihatan Gigi di SK Meranek pada 15 September 2020. Sesi ceramah telah diadakan di setiap kelas sesuai dengan amalan norma baharu di sekolah.

Objektif Program

  1. Memberi pendedahan kepada murid-murid berkaitan dengan penjagaan dan kesihatan mulut dan gigi
  2. Mengajar murid-murid teknik menggosok gigi dengan betul
  3. Memberi kesedaran tentang Penjagaan Kesihatan Mulut dan Gigi
Kumpulan Sasaran
  1. Murid - murid Pra Sekolah
  2. Murid - murid Tahap 1
  3. Murid - murid Tahap 2
Pengisian Program
  1. Ceramah Kesihatan Mulut dan Gigi
  2. Demonstrasi menggosok gigi


Ceramah Pendidikan Kesihatan Mulut dan Gigi di Kelas 2 Bestari


Ceramah Pendidikan Kesihatan Mulut dan Gigi di Kelas 6 Fasih


Demonstrasi Teknik Menggosok gigi dengan betul di Kelas 4 Dinamik


Jururawat terlatih memberikan demonstrasi menggosok gigi



Menguji kefahaman pelajar


Aksi di Prasekolah





 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

 PPD Samarahan

10 September 2020

Dewan Suarah Kota Samarahan

Disempurnakan Oleh 

Yang Berhormat Rubiah Wang



Sijil APC Disampaikan oleh YB Rubiah Wang

Ustaz Hj Hamka bersama sama dengan GB SK Meranek, 
Tuan Hj Issnu Bin Hj Dollah


Wednesday, September 2, 2020

Digital Competency Standards (DCS)

 Aktiviti Digital Competency Standards (DCS) bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 buah sekolah terpilih pada tahun 2015.

Murid tahun 6 SK Meranek sebanyak 20 orang telah terpilih untuk menyertai aktiviti tersebut.

  1. Muhamad Syahmi Bin Osman
  2. Hasna Nadhirah Binti Sawal
  3. Aiman Afnan Bin Budiman
  4. Arieyzal Fatthiyul Hakimi Bin Rahim
  5. Mohamad Hafizan Bin Eizamudin
  6. Nur Ain Batrisya Binti Hipni
  7. Nur Anira Adila Binti Ismail
  8. Nur Hazirah Binti Hasdiman
  9. Nur Maziah Binti Majalis
  10. Nur Syahidah Qistina Binti Mohamad Nasyarudin
  11. Nurnasuha Naimah Binti Drahman
  12. Slytherine Xixiane Xyliane Anak Amy
  13. Nur Shazlin Binti Ahmad Basri
  14. Ameera Qaisarah Husna Binti Draman
  15. Gabriella Francisca May Anak Galliano
  16. Muhamad Rizqi Bin Jamain
  17. Nur Azmina Batrisya Binti Azman
  18. EzhanKhair Shbini
  19. Farah Ayuni Binti Wadi
  20. Muhammad Haikal Bin Ishamuddin

Pelajar menggunakan komputer di pusat akses sekolah

Tekun menjawab soalan


Kemahiran menggunakan komputer amat penting bagi menjawab soalan


Pelajar tahun 6 bergilir gilir sesuai dengan norma baharu




Tuesday, August 25, 2020

Agihan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan E-Kasih Tahun 2020

Pada 19 Ogos 2020 bersamaan hari Rabu, SK Meranek telah mengagihkan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan E-Kasih Tahun 2020 kepada seramai 85 orang murid terpilih daripada murid tahun 1 hingga tahun 6. 

Unit KWAPM di bawah Unit Hal Ehwal Murid telah memohon para ibubapa/penjaga yang terlibat untuk hadir ke majlis pengagihan bantuan tersebut di Ruang Pusat Penjaja SK Meranek jam 10.30 pagi

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) merupakan sebuah tabung amanah untuk pelajar miskin yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan membantu pelajar miskin sekolah membiayai bayaran persekolahan seperti pembelian buku-buku, pakaian sekolah dan peralatan sekolah yang lain.

Gambar semasa majlis pengagihan bantuan.

Sesi pendaftaran untuk ibubapa/penjaga









Sesi pengagihan bantuan KWAPM






#skmeranekdi💗ku