Projek: Membina Dewan Baharu SK Meranek
Pemilik Projek: JKR
Lokasi Projek : Padang SK Meranek
Baru baru ini, projek membina dewan baharu SK Meranek telah diluluskan dan Tapak projek telah diserahkan kepada kontraktor dalam satu majlis yang ringkas. Bermula 9 November 2020, pihak pemaju telah memulakan kerja kerja awal seperti memagar kawasan tapak projek untuk keselamatan semua warga SK Meranek. Pada 13 November, kerja kerja seperti "piling" telah pun dimulakan. Warga SK Meranek amat berharap agar dewan dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan memandangkan kekurangan bilik darjah bagi menempatkan bilangan pelajar yang semakin bertambah dan juga bag mematuhi SOP norma baharu.
No comments:
Post a Comment