Friday, May 3, 2019

Sukan Tahunan SK Meranek Ke-35

SK Meranek telah melangsungkan Hari Sukan Tahunan Ke-35 selama tiga hari berturut-turut bermula 26 April 2019 hingga 28 April 2019.
Sebelum hari sukan bermula, persediaan padang dan alat-alat untuk sukaneka telah disediakan.

Persediaan padang dengan gotong-royong bersama pekerja swasta dan staf lelaki SK Meranek


Pada hari pertama 26 April 2019 bersamaan hari Jumaat, sukaneka kategori murid prasekolah dan tahap 1 dijalankan.











Pada hari kedua 27 April 2019 adalah hari kemuncak sukan tahunan SK Meranek dan telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah En Mohadi Bin Mobin dan ditemani En. Asi Bin Arbi Penghulu Kampung Meranek.

KPPD Samarahan menandatangani buku pelawat SK Meranek
KPPD memberi ucapan aluan sebelum perasmian.
Guru Besar Tn Hj Issnu Bin Dollah turut memberi ucapan aluan.
Penyampaian cenderamata dari pihak sekolah kepada KPPD
Penyampaian cenderamata dari pihak PIBG SK Meranek kepada KPPD


Sebelum perasmian bermula, pertandingan perbarisan dari rumah sukan dan persembahan seni silat daripada murid-murid SK Meranek telah membuka tirai majlis tersebut.

Rumah Topaz
Rumah Ruby
Rumah Emerald
Rumah Saphire
Persembahan Seni Silat

Juara Perbarisan - Rumah Emerald bertemakan "Alam Semulajadi"
Naib Juara Perbarisan - Rumah Ruby bertemakan "Masterchef"
Selepas perasmian, acara balapan terus dijalankan. Untuk juara keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah Emerald


Sebelum KPPD berangkat pulang, beliau telah menyampaikan hadiah cabutan bertuah untuk pengunjung yang telah membeli gula batu bertuah sambil menderma ke dana PIBG SK Meranek.


Terima kasih diucapkan kepada semua warga SK Meranek dan AJK PIBG yang telah bertungkus-lumus menjayakan Sukan Tahunan SK Meranek Yang Ke-35




















No comments:

Post a Comment