Monday, May 6, 2019

7 Langkah Membersih Tangan Menggunakan Melilea Eco Mind Hand Sanitizer

Pada 30 April 2019 bersamaan hari Khamis, SK Meranek telah mengadakan program 7 Langkah Membersih Tangan Menggunakan Melilea Eco Mind Hand Sanitizer secara serentak di SK Meranek.

Ia memperkasakan kempen pencegahan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak sekali gus bertujuan mendidik murid mengenai kepentingan menjaga kebersihan.

Acara ini dianjurkan Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Melilea International (Melilea) dan Kementerian Kesihatan bagi menyebarkan kesedaran berkenaan bahaya penyakit HFMD dalam kalangan murid, ibu bapa dan guru.
Inisiatif ini bakal diiktiraf dan direkodkan dalam Malaysia Book of Records untuk bilangan murid paling ramai membersihkan tangan menggunakan ‘hand sanitizer’ secara serentak di seluruh negara.

Ucapan oleh Guru Besar Tn Hj Issnu Bin Dollah sebelum program bermula.


Cikgu Donna Anak Mereka menunjukkan tayangan video cara-cara mencuci tangan dengan betul.

Gimik penyerahan Melilea Eco Mind Hand Sanitiser kepada wakil murid Tahun 1 Anugerah.


Para guru menitiskan Melilea EcoMind Hand Sanitizer di tapak tangan murid.






Murid-murid mula mencuci tangan










No comments:

Post a Comment