Penganjuran Program Transisi Tahun 1 adalah bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan secara formal di Tahun 1 sekolah rendah. Dipetik dari SumberPendidikan.com, program ini memastikan semua murid Tahun 1 yang datang dari latar belakang dan pengalaman berbeza memulakan proses pembelajaran yang sama. Ia dirancang supaya proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan dalam masa yang sama murid-murid dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana gembira. Program ini dijalankan selama 2 minggu dan pelbagai aktiviti secara individu atau berkumpulan telah dijalankan.
Antara kepentingan program diadakan ialah:
- Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid-murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sebenar.
- Guru-guru dapat membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada persekolahan secara formal.
- Guru-guru dapat membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
- Guru-guru dapat menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah dan belajar.
No comments:
Post a Comment