Wednesday, January 23, 2019

Lawatan Penandaaras EKSA Warga SK Meranek Ke BTPN Sarawak

Pada 22 Januari 2019, semua warga SK Meranek telah membuat lawatan penandaaras EKSA di Bahagian Teknologi Pendidikan Negari Sarawak. Kami semua telah didedahkan tentang pengenalan dan objektif EKSA oleh wakil dari BTPN Sarawak.
Semasa lawatan kami telah dibawa ke zon-zon yang telah menjalankan program EKSA.
Suasana semasa lawatan


















PENGENALAN EKSA 
Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam oleh pihak MAMPU dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga SK Meranek. 
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambahbaik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pengwujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:  
  1. Imej korporat;
  2. Kreativiti dan Inovasi;
  3. Amalan Hijau;
  4. Persekitaran Kondusif;
  5. Kepelbagaian Agensi.

Objektif utama penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah untuk membolehkan :        
  1. Meningkatkan Imej Korporat.
  2. Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan.
  3. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.
  4. Memperluaskan pelaksanaan di agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif.
  5. Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan. 

PENJENAMAAN SEMULA AMALAN 5S SEKTOR AWAM 
MAMPU telah memperkenalkan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010 melalui Panduan Amalan 5S Sektor Awam. Amalan 5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu akan membawa maksud seperti di bawah:  

SISIH  - merupakan pengasingan dan pe
lupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.
SUSUN - peralatan disusun dengan teratur, kemas, berkesan, selamat dan mudah dicapai.
SAPU - untuk memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih daripada habuk/debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan, kualiti produk dan kesihatan.
SERAGAM - bermaksud sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri-ciri, susun atur atau peraturannya. 
SENTIASA AMAL - ialah usaha mengekalkan 4 amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu dan seragam di samping melaksanakan penambahbaikan berterusan di zon masing-masing. 

PRINSIP AMALAN 5S 
 Sisih 
Memberi tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja. Aktiviti sisih melibatkan:  
a. Item yang tiada nilai dan senang dibuang perlu dibuang segera;
b. Item yang ada nilai tapi tidak digunakan dan tiada kegunaan masa akan datang maka dihapuskan/dijual mengikut prosedur; dan
c. Item tiada nilai tapi kos pelupusan tinggi untuk dilupuskan perlu menentukan kaedah/kos yang paling rendah. 

Susun 
Merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”. Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat. Aktiviti ini melibatkan: 
a. Penyusunan item dalam aturan First-In-First-Out (Masuk Dulu Keluar Dulu);
b. Melabelkan dan mengindeks nama dan nombor pada item;
c. Menyimpan item mengikut kategori;
d. Item diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat; dan
e. Semasa bekerja fail aktif dan bahan rujukan semasa sahaja berada di atas meja, selepas digunakan fail dan item perlu disimpan semula ke tempat asal.

Sapu 
Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja. Aktiviti ini melibatkan:
a. Menetapkan pemilik bagi ruang/perkakas dan mesin;                                                  
b. Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan; dan                                                                                                                            
c. Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan.   

Seragam 
Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa tindakan yang diambil untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format.

Sentiasa Amal 
Tindakan yang diambil untuk mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk mempertingkatkan amalan EKSA. Aktiviti ini melibatkan:
a. Audit dalaman dilakukan secara berkala;                                                                                      
b. Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan;                                                                               c. Mewujudkan sistem pengiktrafan dan penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh warga SK Meranek dan                                                                                                                             
d. Mengadakan program kesedaran amalan EKSA secara berterusan melalui latihan.  

PRINSIP PELAKSANAAN EKSA 
Imej korporat 
Merujuk kepada identiti atau persepsi pelanggan/pihak berkepentingan terhadap persekitaran, tindakan dan pencapaian setiap zon. Keselamatan persekitaran perlu diberi keutamaan. Contoh kawasan yang memerlukan penampilan imej korporat ialah: 
  1. Kaunter;
  2. Susun atur perabot; dan
  3. Ruang guna sama. 

Kreativiti dan Inovasi 
Dalam usaha mempertingkatkan produktiviti di tempat kerja Warga SK Meranek digalakkan membudayakan elemen kreativiti dan Inovasi semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Warga SK Meranek digalakkan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) untuk menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat. Contoh perkara yang menampak kreativiti dan Inovasi ialah: 
  1. Tempat simpanan alat tulis;
  2. Pelabelan;
  3. Memendekkan proses kerja. 

Amalan Hijau 
Aspek amalan hijau ditekankan di tempat kerja dan membuat analisa penjimatan kepada amalan penjimatan yang dilaksanakan. Contoh amalan ialah: 
  1. Kitar semula;
  2. Peringatan penjimatan;
  3. Penjimatan elektrik;
  4. Penjimatan kertas.  

Persekitaran Kondusif 
Penekanan diberikan kepada penyampaian perkhidmatan, mesra pelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan. Contoh aktiviti ini ialah:
  1. Ruang kerja yang kemas;
  2. Bilik darjah yang bersih

Kepelbagaian Agensi
Penilaian dalam auditan adalah merangkumi aspek generik dan khusus kerana mengambil kira kepelbagaian premis dan mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one size fits all semasa dalam amalan 5S kurang mencakupi keperluan kepelbagaian agensi.

No comments:

Post a Comment