Thursday, January 31, 2019

Pertandingan Bola Jaring dan Bola Baling Peringkat Daerah

Pada 29 dan 30 Januari 2019 yang lepas, telah berlangsungnya pertandingan Bola Baling dan Bola Jaring peringkat daerah. Pertandingan Bola Jaring telah berlangsung di SK Iboi Pelanduk, Sadong Jaya manakala pertandingan Bola Baling di Stadium Tertutup Samarahan. Beberapa orang murid SK Meranek telah mengikuti pertandingan tersebut. Pertandingan bermula seawal 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Di dalam kedua-dua pertandingan tersebut, pasukan SK Meranek telah mendapat tempat yang kedua. Tahniah dan terima kasih kepada jurulatih, guru pengiring dan semua peserta yang terlibat dalam pertandingan tersebut.

Senarai nama peserta Bola Jaring

1. Nur Hidayah Bt Abdullah
2. Ameera Shafiyyah Bt Draman
3. Puteri Adabiyatull Hilaliyah Bt Adi Amin
4. Nur Amilia Shafiqah Bt Joeret
5. Huwaida Bashira Bt Johan
6. Siti Nur Aisyah Bt Merzuki
7. Shiiham Bt Suhaimi
8. Norlyla Bt Azhar
9. Nur Izzatun Najwa Bt Zamri
10. Shafinaz Bt Hosmi
11. Mitthaul Jamilah Bt Rajiman
12. Wanda Qaseh Amira Bt Rafie

Galeri sepanjang pertandingan



Peserta Bola Jaring di SK Iboi Pelanduk


Peserta Bola Baling di Stadium Tertutup Samarahan






Senarai nama peserta Bola Baling

1. Mohd Saiful Safwan Bin Genuk
2. Mohd Iskandar Bin Jeffery
3. Mohd Hafidz Nazri Bin Adinan
4. Mohd Dannish Lian Bin Harrisson Amat
5. Nur Asrey Aikal Bin Nazri
6. Luqman Nur Hakim Bin Abdullah
7. Ielman Naufal Bin Jafli
8. Mohd Abeer Luqman Bin Mohd Hassim
9. Mohd Rizqi Bin Jamain
10. Awg Faiq Fadhullah Bin Awg Sabtu
11. Azfar Waqiuddin Zakwan Bin Yusuf
12. Syahrizal Bin Eduan






Wednesday, January 30, 2019

Kejohanan Merentas Desa Bahagian Samarahan Tahun 2019 di SK Iboi Pelanduk, Sadong Jaya

Pada 26 Januari 2019 (Sabtu) telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Bahagian Samarahan Di SK Iboi Pelanduk, Sadong Jaya. Beberapa murid SK Meranek telah terpilih untuk mengikuti aktiviti tersebut.

Murid yang terlibat ialah

1. Mohd Asrey Aikal Bin Nazri
2. Mohd Hafiz Nazri Bin Adinan
3. Awg Faiq Fadullah Bin Awg Sabtu
4. Mohd Rizqi Bin Jamain
5. Abg Mohd Yassin Bin Abg Abd Karim
6. Ashraff Muqhriz Bin Joeret 
7. Norlyla Binti Azhar
8. Nur Hazirah Binti Hasdiman
9. Huwaida Bashira Binti Johan
10. Ameera Shafiyyah Binti Draman
11. Nuraina Haniesya Aqilah Binti Raziee

Antara aktiviti yang berlangsung





Acara telah dilepaskan oleh KPPD Samarahan En Mohadi Bin Mubin





Kempen Kesedaran Wabak Rabbies Oleh Pelajar Antarabangsa UNIMAS

Pada 24 Januari 2019 yang lepas, SK Meranek telah dipilih untuk menjalankan satu aktiviti bersama dengan Pelajar Antarabangsa UNIMAS dan telah dihadiri oleh murid-murid tahap dua. Menerusi kempen ini, murid-murid didedahkan tentang bahaya Rabbies, punca penyebaran penyakit dan cara-cara mencegah. Selain itu, sesi soal jawab juga diadakan bagi memberi peluang kepada murid-murid dan warga sekolah untuk bertanya apa saja yang berkaitan dengan penyakit Rabies.

Antara aktiviti yang berlangsung











Program Penyerahan Bantuan Persekolahan dari PETRONAS

Pada 25 Januari 2019 (Jumaat) yang lepas, beberapa murid SK Meranek telah dipilih untuk menerima sumbangan daripada PETRONAS. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh guru besar iaitu Tuan Haji Issnu Bin Dollah yang telah diwakilkan oleh pihak PETRONAS.

Murid yang dipilih untuk menerima bantuan tersebut ialah :

1. Siti Nur Umairah Shuhada Binti Mat Nazar
2. Abdul Muzhaffar Bin Shafizan
3. Wanda Qaseh Amira Binti Rafie
4. Nur Fitratul Fitri Binti Junaidi
5. Hazriman Bin Hedir
6. Shahrizal Bin Eduan
7. Mohamad Musa Bin Abdullah
8. Nurul Hafiza Binti Mustapha

Melalui program tersebut, diharap agar dapat meringankan beban murid-murid dan pihak SK Meranek mengucapkan ribuan terima kasih untuk bantuan yang diberikan.

Galeri Penyerahan Bantuan dari PETRONAS



















Friday, January 25, 2019

Program Ceria Ke Sekolah

Pada 21 Januari 2019 yang lepas, beberapa orang pelajar kurang berkemampuan telah dipilih untuk menerima sumbangan daripada YB Puan Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan.
Turut hadir ke program tersebut ialah Tuan PPD Samarahan, Tuan Mohadi Bin Mubin.

Program Ceria ke Sekolah adalah untuk meringankan beban rakyat kurang berkemampuan untuk terus menikmati peluang pendidikan berkualiti yang disediakan kerajaan. Usaha itu bukan sahaja memberikan peluang pendidikan, malah turut menyediakan kemudahan prasarana, bantuan berupa buku dan biasiswa.


Sekitar majlis berlangsung.








Pemantauan Guru Besar Ke Prasekolah Erajaya