Monday, March 28, 2022

Program Pengalaman Berasaskan Sekolah

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program wajib bagi pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini dilaksanakan bagi setiap semester sehingga semester empat bagi pelajar-pelajar IPG. Program PBS ini bertujuan untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS, pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah tersebut.

SK Meranek telah menerima lima orang pelajar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak yang telah menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah selama 5 hari bermula dari 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022.

Mereka terdiri daripada 

1. Nurhana Hazni Binti Hakim

2. Asmahsyitah Binti Yasipin

3. Nur Haina Humaira Binti Mohd Za'aim

4. Nur Adila Binti Che Seman

5. Siti Nur Syazani Binti Osman







#skmeranekdi💗ku

 

No comments:

Post a Comment