Tuesday, October 12, 2021

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah


Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara.

Hari Sukan Negara adalah bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia dan Sukan (kerajaan) bagi menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga ia menjadi satu budaya hidup bagi:

 i. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.

 ii. Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dikalangan rakyat pelbagai kaum.

 iii. Menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.

 iv. Meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat Malaysia.

 v. Memberi pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

SK Meranek juga telah meraikan Sambutan Hari Sukan Negara mengikut tarikh dan hari yang telah ditetapkan dalam mengikut norma baharu iaitu secara alam maya.




#skmeranekdi💗ku
#normabaharu
#harisukannegara2021


No comments:

Post a Comment