Friday, July 9, 2021

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

 Apa itu PdPr? Mungkin ada yang belum faham maksud pdpr kan.

PdPR ialah PdP yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/atau luar talian dan/atau off-site dengan berstruktur dan terancang

Objektif PdPr adalah panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang; dan murid mengikuti PdPR secara optimum.

Peranan guru
  1.  menyusun semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan takwim persekolahan yang berkuat kuasa; 
  2. merancang RPH berdasarkan RPT yang telah disusun dan jadual waktu PdPR supaya kandungan kurikulum dapat disampaikan secara optimum; 
  3. menentukan kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut situasi semasa dengan mengambil kira sumber yang ada pada murid;
  4. menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah PdPR yang digunakan;
  5. memastikan murid mendapat tugasan/ latihan yang dirancang oleh guru;
  6. menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan/ latihan dan projek untuk menentukan pencapaian murid;
  7. mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga untuk menyokong pembelajaran murid di rumah; dan
  8.  merekodkan pelibatan murid dalam PdPR menggunakan kaedah yang bersesuaian.

Peranan pentadbir
  1. memastikan perancangan dan pengurusan PdPR dilaksanakan dengan teliti, cekap dan berkesan untuk mengelakkan pertindanan masa antara mata pelajaran dan lambakan tugasan/ latihan kepada murid;
  2. mengatur jadual pembelajaran yang fleksibel bagi menguruskan aktiviti PdPR yang berkesan;dan
  3. memantau PdPR yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian kepada guru. 

Peranan Ibubapa/Penjaga
  1. membantu anak/ anak jagaan mendapat maklumat berkaitan sesi PdPR ataupun arahan/ tugasan/ kerja rumah yang diberikan guru; dan
  2. membantu anak/ anak jagaan mengakses DELIMa, TV Pendidikan, EduwebTV (koleksi video) dan Cikgootube.

Pendekatan PdPR dalam talian.

Medium: • DELIMa, Cikgootube dan aplikasi media sosial • Google Meet atau Microsoft Teams (live streaming) • ePermainan (gamification), video, klip audio, eBuku, rakaman video atau tugasan dalam talian 

contoh 














#skmeranekdi💗ku

No comments:

Post a Comment