Sunday, June 20, 2021

Selamat Hari Bapa 2021



Setiap tahun pada hari Ahad dalam bulan Jun, seluruh dunia akan menyambut "Hari Bapa" untuk menghormati kaum bapa dan peranan mereka dalam keluarga dan masyarakat.

Perayaan kaum bapa ini sebenarnya sudah berlaku sejak ratusan tahun yang lalu dan ia disambut pada tarikh yang berbeza dalam setiap kebudayaan. Namun, berikut adalah kisah tentang sambutan Hari Bapa moden seperti mana yang disambut oleh kebanyakan orang di dunia pada hari ini.

Pertama kali sambutan hari bapa secara tidak rasmi direkod di Amerika Syarikat ialah pada 5 Julai 1908. Ia adalah atas cadangan Jessica Clinton Clayton bagi pihak Memorial William Methodist Episcopal Church South untuk mengadakan acara istimewa bagi memperingati kematian 360 orang lelaki. 

Kebanyakan mangsa ialah kaum bapa yang terkorban dalam tragedi letupan lorong arang batu kira-kira tujuh bulan sebelum itu. Namun, peringatan itu hanya dilakukan pada tahun itu sahaja dan tidak diulang pada tahun-tahun kemudiannya.

#skmeranekdi💗ku

No comments:

Post a Comment