Wednesday, June 30, 2021

Kami Sudah Divaksin Covid 19

Alhamdulillah, kami semua staf SK Meranek telah menunaikan tanggungjawab untuk mengambil vaksin Covid 19.. InshaAllah semoga urusan kita dipermudahkan untuk membantu melandaikan graf jangkitan Covid 19.









#skmeranekdi💗ku

Sunday, June 20, 2021

Selamat Hari Bapa 2021



Setiap tahun pada hari Ahad dalam bulan Jun, seluruh dunia akan menyambut "Hari Bapa" untuk menghormati kaum bapa dan peranan mereka dalam keluarga dan masyarakat.

Perayaan kaum bapa ini sebenarnya sudah berlaku sejak ratusan tahun yang lalu dan ia disambut pada tarikh yang berbeza dalam setiap kebudayaan. Namun, berikut adalah kisah tentang sambutan Hari Bapa moden seperti mana yang disambut oleh kebanyakan orang di dunia pada hari ini.

Pertama kali sambutan hari bapa secara tidak rasmi direkod di Amerika Syarikat ialah pada 5 Julai 1908. Ia adalah atas cadangan Jessica Clinton Clayton bagi pihak Memorial William Methodist Episcopal Church South untuk mengadakan acara istimewa bagi memperingati kematian 360 orang lelaki. 

Kebanyakan mangsa ialah kaum bapa yang terkorban dalam tragedi letupan lorong arang batu kira-kira tujuh bulan sebelum itu. Namun, peringatan itu hanya dilakukan pada tahun itu sahaja dan tidak diulang pada tahun-tahun kemudiannya.

#skmeranekdi💗ku

Monday, June 14, 2021

Doa Selamat dari wabak berjangkit

 Semoga kita dijauhkan dari wabak penyakit Covid19.


#kitajagakita
#kitapastimenang
#patuhiSOP
#skmeranekdi💗ku

PDPR Kembali Lagi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pemakluman penting untuk ibubapa/penjaga murid-murid SK Meranek PDPR dalam norma baharu bermula 14 Jun 2021 hingga 16 Julai 2021. Sila bantu dan pantau anak-anak berPDPR. 



#skmeranekdi💗ku