Thursday, March 11, 2021

Perhimpunan Mingguan Dalam Norma Baharu

Bertarikh 10 Mac 2021 pada hari Rabu, SK Meranek mengadakan perhimpunan mingguan dalam norma baharu dengan menggunakan "announcement system" . Semua murid berada di meja dalam kelas masing-masing dengan mematuhi penjarakan fizikal.

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Haji Hamka Bin Jaya, nyanyian 3 buah lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan lagu rasmi sekolah. Seterusnya ucapan daripada Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) Tn Mazlan Bin Sijif, diikuti ucapan daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran Pn Hajah Raobah Bt Sulaiman dan akhir sekali ucapan Guru Besar SK Meranek Tn Hj Issnu Bin Dollah. Semuanya disampaikan melalui sistem interkom berpusat di Surau Al Ikram SK Meranek.

Galeri semasa perhimpunan norma baharu

Perhimpunan diadakan di dalam surau hanya dihadiri semua pengawas-pengawas sekolah

Barisan pengawas yang berwibawa dan bertanggungjawab





















#skmeranekdi💗ku





No comments:

Post a Comment