Wednesday, July 1, 2020

Pemantauan Pembukaan Hari Pertama Prasekolah

Pada 1 Julai 2020 bersamaan hari Rabu, Prasekolah Erajaya SK Meranek telah beroperasi untuk sesi pembukaan semula sekolah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semenjak 18 Mac 2020 yang lepas. Pembukaan semula prasekolah selaras dengan saranan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tidak berhasrat untuk menangguhkan perkara tersebut ke tarikh yang lain. Pembukaan semula prasekolah merupakan proses awal untuk membenarkan institusi pendidikan beroperasi semula secara berperingkat. 


Prasekolah juga telah membuat pematuhan pemeriksaan kesihatan berdasarkan SOP adalah seperti berikut:
  • Beratur untuk pemeriksaan suhu badan (di pondok menunggu dan di pagar prasekolah)
  • Membersih tangan dengan menggunakan air yang disediakan.

SK Meranek juga telah dilawati oleh beberapa orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) untuk memantau pembukaan hari pertama persekolahan prasekolah.
Pegawai tersebut ialah 

  1. Abdul Rahman Abing - KPP Unit Prasekolah dan Rendah
  2. Remy Syarmila Bt Mohd Sebli - KPP Unit Prasekolah dan Rendah
  3. Shamsul Bahren Abas - PP Unit Prasekolah dan Rendah
  4. Li Han Booli - PP Unit Prasekolah dan Rendah
  5. Jacqueline Kon Li Ching - Unit Prasekolah PPD Samarahan
Galeri sepanjang lawatan

Garis Panduan Pembukaan Prasekolah

Pemeriksaan suhu badan waris dan murid di pondok menunggu



Membersih tangan menggunakan air yang disediakan sebelum masuk ke dalam kelas


Pemeriksaan suhu badan murid prasekolah di pagar masuk kelas

Beratur untuk pemeriksaan suhu badan dan mengimbas QR code di pondok menunggu untuk tetamu

















#skmeranekdi💗ku

No comments:

Post a Comment