Thursday, July 30, 2020

Penyampaian Bantuan "Back To School" di Bawah Yayasan Pelajaran Mara

Pada 28 Julai 2020 bersamaan hari Selasa, pihak sekolah telah menyampaikan bantuan "Back To School" di bawah Yayasan Pelajaran Mara.

Murid yang layak ialah 

  1. Abdul Muzhaffar Bin Shafizan
  2. Siti Nur Faezen Bin Adinan
  3. Nur Asyikin Binti Karnawi
  4. Siti Nur Umairah Shuhada Binti Mat Nazar
Gambar semasa penyerahan








#skmeranekdi💗ku



Thursday, July 16, 2020

Pemantauan Pembukaan Semula Sekolah

Pada 15 Julai 2020 bersamaan hari Rabu, SK Meranek telah dilawati oleh beberapa orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Bahagian Samarahan untuk membuat pemantauan pembukaan semula sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19.

Pegawai yang memantau ialah :

  1. Isham Bin Ibrahim - Pegawai dari JPNS
  2. Chee Ka Siong - Pegawai dari JPNS
  3. Susan Nesserd - Pegawai dari PPD Samarahan
  4. Madelina Inum Anak Salipui - Pegawai dari PPD Samarahan
  5. Sulainan Bin Sili - Pegawai dari PPD Samarahan

Terima kasih atas lawatan serta sokongan SK Meranek ucapkan.






Pemantauan sistem imbas kehadiran 

Kreativiti tempat basuh tangan (sinki) menggunakan bahan terbuang

Pemberian buah tangan dari SK Meranek yang disampaikan oleh Guru Besar Tn Hj Issnu Bin Dollah kepada pegawai pemantau




#skmeranekdi💗ku

Wednesday, July 15, 2020

Pembukaan Semula Sekolah Berjalan Lancar - Tahun 5 dan Tahun 6

Pada 15 Julai 2020 bersamaan hari Rabu, pembukaan semula sekolah bagi murid-murid tahun 5 dan tahun 6 berjalan lancar serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Kebanyakan murid-murid telah hadir ke sekolah seawal 6.30 pagi dihantar ibu bapa dengan memakai pelitup muka. Malah murid-murid juga mematuhi jarak sosial ketika diambil suhu badan, mengimbas barkod kehadiran dan mencuci tangan sebelum masuk ke kelas masing-masing.

Galeri semasa hari pertama pembukaan semula sekolah

Pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh pengawal keselamatan

Mengimbas barkod kehadiran dan memasukkan bacaan suhu badan ke dalam sistem oleh guru bertugas 


Mencuci tangan sebelum masuk ke kelas masing-masing



Penjagaan penjarakan sosial antara satu sama lain





Makanan RMT telah disediakan di luar kelas bagi mengelakkan kesesakan 


Penjarakan makan di dalam kelas


Nyahtasi meja selepas rehat dilakukan oleh pekerja swasta.

#skmeranekdi💗ku

Taklimat Pembukaan Sekolah Bersama IbuBapa/Penjaga Murid Tahun 5 dan Tahun 6

Pada 13 Julai 2020 bersamaan hari Isnin, SK Meranek telah menjemput ibubapa/penjaga murid tahun 5 dan tahun 6 hadir ke sekolah untuk sesi taklimat pembukaan sekolah pasca covid19 yang telah dijadualkan bermula pada 15 Julai 2020 (Rabu).
Majlis tersebut diisi dengan taklimat norma baharu pembukaan sekolah dan pengagihkan barkod kehadiran untuk murid-murid.

Galeri sepanjang majlis














#skmeranekdi💗ku

Monday, July 13, 2020

Sinki dari bahan terbuang - Projek Go Green EKSA

Kreativiti kitar semula dari bahan terbuang - Sinki

Bahan kitar semula - Tayar Kereta









Dah siap - bersedia untuk menunggu kedatangan murid-murid untuk pembukaan sekolah



Sesi pemasangan


Boleh digunakan untuk mencuci tangan sebelum masuk ke kelas.

#skmeranekdi💗ku