Wednesday, March 13, 2019

Program Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Pada 7 Mac 2019 bersamaan hari Khamis, pihak Klinik Kesihatan Kota Samarahan telah mengadakan Program Perkhidmatan Kesihatan Sekolah untuk murid Tahun 1 dan Tahun 6. Ia merupakan program kesihatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid di sekolah bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optimum. Program kali ini memberi fokus kepada beberapa perkara berikut:

  • berat badan dan tinggi
  • pemeriksaan kesihatan/fizikal
  • pemeriksaan mata
  • imunisasi
Tujuan perkhidmatan ini ialah:
  • Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras optimum melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
  • Mengesan masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik di sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.
  • Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran berkesan
Bagi murid Tahun 6, pemeriksaan mata dan pemeriksaan kesihatan/fizikal dijalankan iaitu memeriksa keadaan kuku serta rambut. Manakala murid Tahun 1 pula menjalani pemeriksaan mata dan imunisasi iaitu dua suntikan vaksin kesihatan. Program ini di bawah pengurusan unit HEM sekolah.

Gambar sepanjang sesi pemeriksaan kesihatan






















No comments:

Post a Comment