Wednesday, March 20, 2019

Majlis Perpisahan Guru Pelatih

Pagi Jumaat 15 Mac 2019 di ruang legar SK Meranek telah diadakan majlis perpisahan guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Mereka yang diraikan ialah :

  1. Cik Nurul Natasha Binti Amran
  2. Cik Nur Shafiqah Binti Mohd Shamsul
  3. Cik Nurul Aina Binti Zulkipli
  4. Encik Augustine Meola Anak Achai
  5. Cik Syafiqah Nabilah Binti Razali
  6. Cik Siti Roshila Binti Roslan







Semoga mereka akan menjadi guru yang berdedikasi dengan tugas sebagai seorang guru. Terima kasih kami ucapkan atas sumbangan mereka waima sekejap sahaja kepada sekolah ini. Selamat berpisah. Dengan izin Allah swt jika ada masa dan peluang dapatlah kita bertemu lagi.

Penyerahan Watikah Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Pada hari Rabu, bersamaan dengan 6 Mac 2019, bertempat di ruang legar SK Meranek, Jawatankuasa Induk PSS SK Meranek telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi 2019.

Bagi sesi 2019, Jawatankuasa Induk PSS telah sebulat suara memilih dan melantik 12 orang murid sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah sebagaimana berikut:


Ketua Pengawas PSS         : Mohd Adam Haikal Bin Rosli
Pen.Ketua Pengawas PSS : Norlyla Binti Azhar
AJK                                       : 1. Mohd Iqbal Izzat Bin Hamzah
                                                 2. Mohd Hafizan Bin Eizamuddin
                                                 3. Shafinaz Binti Hozmi
                                                 4. Alisha Suhaiza Binti Suut
                                                5. Mithahul Jamilah Binti Rajiman
                                                6. Nuralyfah Ilyana Binti Afandi
                                                7. Ameera Qhaisarah Husna Binti Drahman
                                                8. Farah Ayuni Binti Wadi
                                                9. Nur Hazirah Binti Hasdiman
                                               10. Khairunnisa Binti Abdul Hadi

Majlis ini telah disaksikan oleh para guru dan murid-murid.  Majlis penyerahan watikah pelantikan kepada semua pengawas PSS oleh Guru Besar, Tn Haji Issnu Bin Dollah. 











Monday, March 18, 2019

Gotong Royong Merewang Pertandingan Bola Sepak

Pada 11 - 12 Mac 2019,AJK Makanan pada program kali ini telah menjalankan gotong royong penyediaan makanan bersempena dengan pertandingan bola sepak 12TKB Zon Kota Samarahan. 
Gotong royong ini telah membantu mempercepatkan urusan penyediaan jamuan untuk peserta dan tetamu jemputan. Seluruh warga SK Meranek mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.










Penyerahan Banner Pertandingan Kitar Semula


Majlis Penyerahan Banner Pertandingan Kitar Semula Peringkat Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan 2019 oleh wakil Majlis Perbandaran Kota Samarahan.

Wednesday, March 13, 2019

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2019

Pada 4 hingga 7 Mac 2019 telah berlangsungnya Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2019 di kelas 6 Fasih SK Meranek. Bengkel bermula jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang.

Objektif Bengkel 

1. Melatih murid-murid menjawab soalan peperiksaan dengan cara yang betul mengikut teknik UPSR.
2. Memberi kemahiran kepada murid-murid teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR yang sebenar.
3. Mendedahkan kepada murid soalan-soalan berbentuk peperiksaan UPSR.

ISNIN - Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia disampaikan oleh Cikgu Suhaili Bin Suut (Guru Mata Pelajaran Bahasa Malaysia SK Meranek)

SELASA - Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi Mata Pelajaran Sains disampaikan oleh Cikgu Zurina Binti Rasit (Guru Mata Pelajaran Sains SK Meranek)

RABU - Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi Mata Pelajaran Matematik disampaikan oleh Cikgu Rosnah Binti Omar (Guru Mata Pelajaran Matematik SK Meranek)

KHAMIS - Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris disampaikan oleh Cikgu Donna Anak Mereka (Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris SK Meranek)

Galeri sepanjang bengkel berlangsung.














Pusat Penempatan Mesin Pendua

Penempatan dan penggunaan mesin pendua di sekolah rendah daerah Samarahan. SK Meranek telah dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan untuk menjadi pusat penempatan untuk tiga buah sekolah berdekatan iaitu SK Pinang dan SK Endap termasuk SK Meranek sendiri. Ketiga-tiga pihak sekolah boleh menggunakan mesin pendua tersebut untuk mencetak dokumen yang berkaitan dengan urusan rasmi.

Gambar waktu penyerahan mesin pendua dan cara penggunaannya.







Program Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Pada 7 Mac 2019 bersamaan hari Khamis, pihak Klinik Kesihatan Kota Samarahan telah mengadakan Program Perkhidmatan Kesihatan Sekolah untuk murid Tahun 1 dan Tahun 6. Ia merupakan program kesihatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid di sekolah bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optimum. Program kali ini memberi fokus kepada beberapa perkara berikut:

  • berat badan dan tinggi
  • pemeriksaan kesihatan/fizikal
  • pemeriksaan mata
  • imunisasi
Tujuan perkhidmatan ini ialah:
  • Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras optimum melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
  • Mengesan masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik di sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.
  • Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran berkesan
Bagi murid Tahun 6, pemeriksaan mata dan pemeriksaan kesihatan/fizikal dijalankan iaitu memeriksa keadaan kuku serta rambut. Manakala murid Tahun 1 pula menjalani pemeriksaan mata dan imunisasi iaitu dua suntikan vaksin kesihatan. Program ini di bawah pengurusan unit HEM sekolah.

Gambar sepanjang sesi pemeriksaan kesihatan