Tuesday, February 19, 2019

Program Jom Ke Sekolah

Pada 18 Februari 2019, SK Meranek telah mengadakan Majlis Permuafakatan Bersama KPM & PDRM sempena Program Jom Ke Sekolah. Majlis telah berjalan dengan lancar bermula jam 7.30 pagi di ruang legar SK Meranek.
Pihak sekolah juga menjemput YPD PIBG En Zamri Bin Unai dan AJK PIBG yang lain untuk bersama-sama dengan wakil Pegawai Perhubungan Sekolah dari Balai Polis Daerah Kota Samarahan, Koperal Radin Haryandy Bin Sopian. 
Didalam teks ucapan, beliau berasa amat bertuah kerana diberikan kepercayaan untuk berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menangani masalah disiplin serta salah laku jenayah dalam kalangan pelajar menerusi program ini. Sesungguhnya, kerjasama ini adalah noble effort yang perlu diteruskan ke arah membentuk sahsiah dan sosiolisasi generasi pelapis agar kekal mapan demi kelangsungan negara yang cemerlang dan gemilang. 
Dalam program ini juga, Tuan Guru Besar En Issnu Bin Dollah telah menyampaikan amanat dari KPM untuk murid-murid SK Meranek. Semoga apa yang telah disampaikan dapat membentuk sahsiah generasi akan datang.

Galeri sepanjang program.


















No comments:

Post a Comment