Thursday, February 28, 2019

Majlis Pelancaran Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Di Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan 2019

Pada 26 Februari 2019 yang lepas, SK Meranek telah mendapat jemputan daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak untuk menyertai pertandingan kitar semula peringkat sekolah rendah di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak.

Gambar sekitar pelancaran.










Thursday, February 21, 2019

Kejohanan Olahraga MSSR Zon Kota Samarahan

Pada tarikh 20 Februari 2019 bersamaan hari Rabu yang lepas, seramai 20 atlet SK Meranek menyertai Kejohanan Olahraga Zon Empat Kota Samarahan 2019 di Mini Stadium Kem Division 1 Bukit Berangan.
Sebanyak enam acara dipertandingkan, antaranya 80 meter, 200 meter, 1500 meter, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru masing-masing untuk lelaki dan perempuan untuk kategori 11 dan 12 tahun ke bawah.
Kejohanan ini berlangsung bagi memilih wakil Zon 4 Kota Samarahan ke Kejohanan Olahraga MSSR Bahagian Samarahan akan datang.
Pada kejohanan olahraga kali ini,  SK Wira Jaya telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan, diikuti SK Jalan Muara Tuang di tempat kedua dan ketiga SK Dato Mohd Musa. SK Meranek merangkuli tempat keempat dalam kejohanan tersebut.
Hadir sama pada majlis penangguhan ialah guru besar-guru besar Zon 4 Kota Samarahan serta guru penolong kanan kokurikulum sekolah terlibat.  
Objektif program
1. Melahirkan murid yang cergas dan aktif dari segi mental dan fizikal.
2. Mencungkil bakat dan potensi sukan dalam kalangan murid melalui penyertaan menyeluruh.
3. Memilih individu terbaik dalam sukan dan seterusnya dapat mewakili sekolah dalam acara sukan pada masa akan datang.
4. Memupuk kerjasama yang erat dalam kalangan murid, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Galeri sepanjang program.





















Sarapan Bersama Milo

Pada 20 Februari 2019, pihak milo telah datang ke sekolah dan mengadakan sesi sarapan bersama semua warga SK Meranek. Milo merupakan minuman coklat malt yang sesuai untuk dijadikan minuman sarapan pagi bagi murid sekolah kerana ia membekalkan tenaga untuk murid mengharungi waktu persekolahan.

Warga SK Meranek mengucapkan terima kasih kepada pihak Milo kerana sudi hadir ke sekolah dan mengagihkan minuman Milo kepada guru-guru dan murid-murid.

















Tuesday, February 19, 2019

Program Jom Ke Sekolah

Pada 18 Februari 2019, SK Meranek telah mengadakan Majlis Permuafakatan Bersama KPM & PDRM sempena Program Jom Ke Sekolah. Majlis telah berjalan dengan lancar bermula jam 7.30 pagi di ruang legar SK Meranek.
Pihak sekolah juga menjemput YPD PIBG En Zamri Bin Unai dan AJK PIBG yang lain untuk bersama-sama dengan wakil Pegawai Perhubungan Sekolah dari Balai Polis Daerah Kota Samarahan, Koperal Radin Haryandy Bin Sopian. 
Didalam teks ucapan, beliau berasa amat bertuah kerana diberikan kepercayaan untuk berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menangani masalah disiplin serta salah laku jenayah dalam kalangan pelajar menerusi program ini. Sesungguhnya, kerjasama ini adalah noble effort yang perlu diteruskan ke arah membentuk sahsiah dan sosiolisasi generasi pelapis agar kekal mapan demi kelangsungan negara yang cemerlang dan gemilang. 
Dalam program ini juga, Tuan Guru Besar En Issnu Bin Dollah telah menyampaikan amanat dari KPM untuk murid-murid SK Meranek. Semoga apa yang telah disampaikan dapat membentuk sahsiah generasi akan datang.

Galeri sepanjang program.