Monday, November 22, 2021

Bengkel Penggunaan Kanvas Strategi Analisis Data

 

Tarikh : 17 November 2021

Hari : Rabu

Tempat : Ruang Legar SK Meranek

Program : Bengkel Penggunaan Kanvas Strategi Analisis Data





#skmeranekdi💗ku



Wednesday, November 10, 2021

Bengkel Asas Rekoder

Bertarikh 8 November 2021, Panitia Muzik SK Meranek mengadakan Bengkel Asas Rekoder untuk semua guru SK Meranek dengan menjemput penceramah luar iaitu Pn Puteri Nurul Fairuz Najihah Binti Mansor.

Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder

Postur duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder. Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan.) Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder. 
Pertama sekali, pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian pangkal. Kemudian, pegang bahagian hujung badan rekoder menggunakan tangan kanan. Imbangkan rekoder menggunakan bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. 


Penjarian Rekoder







PENJARIAN BAGI TANGAN KIRI

Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder yang ketiga. 

PENJARIAN TANGAN KANAN

Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder yang keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder yang kelima manakala jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam. Akhir sekali, jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh. 

Galeri Bengkel
Pemanasan Badan 







Sesi meniup rekoder






#skmeranekdi💗ku
#normabaharu
#staysafe