Thursday, February 25, 2021

Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2021

Program : Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2021

Tarikh : 23 Februari 2021

Hari : Selasa

Masa : 8 Pagi hingga 1 Tengahari

Tempat : Ruang Legar SK Meranek


Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) pada tahun ini dijalankan dengan pematuhan SOP oleh semua yang terlibat. 
Jumlah Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini adalah RM100 untuk setiap murid seramai 137 orang. Penyerahan BAP telah dilaksanakan oleh guru kelas masing-masing.

Serahan BAP adalah untuk kelas-kelas dan jumlah murid terlibat

1. Kelas 1 Ibnu Khaldun - 16 orang
2. Kelas 2 Ibnu Khaldun - 22 orang
3. Kelas 3 Ibnu Khaldun - 10 orang
4. Kelas 3 Ibnu Sina - 11 orang
5. Kelas 4 Ibnu Khaldun - 14 orang
6. Kelas 4 Ibnu Sina - 12 orang 
7. Kelas 5 Ibnu Khaldun - 12 orang
8. Kelas 5 Ibnu Sina - 13 orang
9. Kelas 6 Ibnu Khaldun - 14 orang
10. Kelas 6 Ibnu Sina - 13 orang




















 #skmeranekdi💗ku

Thursday, February 11, 2021

Mengalu-alukan kedatangan PK KK dan serah tugas

SK Meranek mengalu-alukan kedatangan En Wahap Bin Batu sebagai PK KK baru sekolah kami manakala Pn Nur Sheila Nair akan berpindah dan bertugas di stesen baru beliau di SK Dato Mohd Musa.

Tahniah juga diucapkan kepada Pn Hjh Raobah Binti Sulaiman atas pertukaran jawatan dari PK HEM menggantikan tempat PK Pentadbiran begitu juga kepada En Mazlan Bin Sijif menggantikan tempat PK HEM SK Meranek.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada Pn Nur Sheila atas khidmat bakti beliau semasa bertugas di SK Meranek. 




Serah tugas PK





#skmeranekdi💗ku