Thursday, December 2, 2021

Majlis Pertandingan Hafazan Prasekolah Erajaya

Tarikh : 30 November 2021

Hari : Selasa

Tempat : Kelas Prasekolah Erajaya

Program : Majlis Pertandingan Hafazan Prasekolah Erajaya













#skmeranekdi💗ku

Cakna Hari Sukan Negara

Tarikh : 29 November 2021

Hari : Isnin

Tempat : Alamat Masing-masing

Program : Cakna dan Penyampaian hadiah Virtual Run sempena Hari Sukan Negara 







 #skmeranekdi💗ku

Bengkel Digital STEM RBT



Tarikh : 24 dan 25 November 2021

Hari : Rabu dan Khamis

Tempat : Ruang Legar SK Meranek

Program : Bengkel Digital STEM RBT












#skmeranekdi💗ku


Monday, November 22, 2021

Bengkel Penggunaan Kanvas Strategi Analisis Data

 

Tarikh : 17 November 2021

Hari : Rabu

Tempat : Ruang Legar SK Meranek

Program : Bengkel Penggunaan Kanvas Strategi Analisis Data





#skmeranekdi💗ku



Wednesday, November 10, 2021

Bengkel Asas Rekoder

Bertarikh 8 November 2021, Panitia Muzik SK Meranek mengadakan Bengkel Asas Rekoder untuk semua guru SK Meranek dengan menjemput penceramah luar iaitu Pn Puteri Nurul Fairuz Najihah Binti Mansor.

Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder

Postur duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder. Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan.) Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder. 
Pertama sekali, pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian pangkal. Kemudian, pegang bahagian hujung badan rekoder menggunakan tangan kanan. Imbangkan rekoder menggunakan bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. 


Penjarian Rekoder







PENJARIAN BAGI TANGAN KIRI

Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder yang ketiga. 

PENJARIAN TANGAN KANAN

Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder yang keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder yang kelima manakala jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam. Akhir sekali, jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh. 

Galeri Bengkel
Pemanasan Badan 







Sesi meniup rekoder






#skmeranekdi💗ku
#normabaharu
#staysafe



Wednesday, October 20, 2021

Salam Maulidur Rasul




Maulidur Rasul (kelahiran Rasul) atau Maulud Nabi Muhammad SAW ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang jatuh pada Isnin (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahuwataala. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam kerana apabila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahuwataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


#skmeranekdi💗ku
#staysafe
#kitapastimenang

SK Meranek Terima Mesin "Fogging"

Bagi mengurangkan penularan jangkitan wabak COVID-19, pihak PIBG SK Meranek telah mengambil pendekatan bagi memerangi pandemik tersebut.

Dengan matlamat untuk memastikan SK Meranek bebas daripada risiko jangkitan COVID-19 pihak PIBG SK Meranek telah menyumbangkan sebuah mesin semburan (fogging) kepada SK Meranek turut serta menyumbang secara peribadi adalah daripada YDP PIBG SK Meranek sendiri iaitu En Zamri Bin Unai.

SK Meranek mengucap jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat.


YDP PIBG SK Meranek En Zamri Bin Unai menyampaikan sumbangan mesin "fogging'

#skmeranekdi💗ku
#staysafe
#kitamestimenang
#normabaharu