Monday, June 29, 2020

Persediaan Pembukaan Prasekolah Bersama Waris

Pada 29 Jun 2020 bersamaan hari Isnin, Prasekolah Erajaya SK Meranek telah menjemput ibubapa/penjaga untuk mendengar taklimat persediaan pembukaan sekolah yang akan dijadualkan 1 Julai 2020.

Gambar bersama waris.









#skmeranekdi💗ku

Audit Pensijilan EKSA oleh MAMPU

Pada 24 Jun 2020 dan 25 Jun 2020 bersamaan hari Rabu dan Khamis SK Meranek  telah diaudit untuk Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh pihak MAMPU

SK Meranek  telah menerima kehadiran 5 orang juruaudit iaitu Puan Yong Ying Kiu sebagai Ketua Juruaudit, Puan Low Wye Lyng dan En Rezali Bin Ahmad sebagai juruaudit serta Puan Angeline Choo Mei Li dan Encik Bruse Kini Jesse sebagai pemerhati  daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Juruaudit telah bergerak ke lokasi pengauditan seperti yang dijadualkan, Puan Yong Ying Kiu mengaudit dokumentasi diiringi oleh Puan Kamsiah Binti Akwan selaku Penyelaras EKSA SK Meranek dan Puan Hayati Binti Sharie selaku setiausaha manakala Puan Low Wye Lyng dan Encik Rezali Bin Ahmad diiringi oleh ketua setiap kawasan.

Dihari terakhir iaitu pada sesi penutupan audit pada 25 Jun 2020, juruaudit telah membentangkan hasil penemuan dari segi amalan baik EKSA yang diamalkan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh semua kawasan yang terlibat. Komen yang diterima oleh juruaudit sangat positif dan diharapkan SK Meranek akan diberikan pensijilan EKSA dengan kategori Cemerlang. Sesi penutupan audit ini juga telah menjemput Timbalan KPPD Samarahan iaitu Ustaz Yazid Bin Rajali , Pn Fatimah Binti Matjri PPD Sektor Perancangan dan Pembangunan, En Sulainan Bin Sili Pegawai Perhubungan Sekolah, En Sahat Bin Yakup YDP MGB Samarahan dan En Zamri Bin Unai YDP PIBG SK Meranek. Majlis tersebut diakhiri dengan pemberian cenderahati dari SK Meranek kepada tetamu-tetamu yang terlibat dan sesi fotografi bersama staf SK Meranek sebagai kenang-kenangan.
Galeri sepanjang audit




Sesi audit dokumentasi


Proses audit berjalan























































Sesi Penutupan Audit EKSA







Bacaan doa oleh Ustaz Nurhamidi Bin Ahmad

Hebahan dapatan daripada Ketua Juruaudit



Ucapan aluan daripada Guru Besar SK Meranek Tn Hj Issnu Bin Dollah


Ucapan daripada Timbalan PPD Samarahan Ustaz Yazid Bin Rajali

Penyampaian cenderahati dari SK Meranek kepada tetamu dan juruaudit MAMPU












#skmeranekdi💗ku